Sunday, 25 August 2019

Seni Kraftangan Melayu (Pendidikan)

     

SENI KRAFTANGAN MELAYU














  •     Dalam subjek Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah, telah ada perkongsian cerita mengenai seni kraftangan. Kraftangan ini berasal dari bahasa Jerman, Kraft membawa maksud kekuatan , keteguhan dan kecekapan. Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Selain itu, hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kepada kebudayaann dan keagamaan.


  •        Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi 3: perusaan (keja, seni) yang memerlukan kemahiran terutamanya menggunakan tangan', manakala kraftangan pula membawa maksud kepada perusahaan (kerja , seni) yang memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan.

  •        Masyarakat Melayu kaya dengan seni ukir dan kraftangan. Pelbagai seni ukir Melayu yang harus dikekalkan. Antara contoh seni kraftangan Melayu adalah tenunan kain, anyaman , barangan seramik, tembikar  dan tembaga. Oleh itu, saya ingin menerangkan sedikit sebanyak perkara mengenai contoh-contoh seni kraftangan yang dinyatakan di atas tadi,



1) Tenunan

                                                                                   



       Seni tenunan adalah suatu warisan yang terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan Nusantara. Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan ini dapat dilihat pada kepentingan kedudukan rantau ini dari segi geografi. Sebagai tempat persinggahan kapal yang strategik, Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang dari Tanah Arab, India dan China. Antara barangan yang didagang ketika itu ialah kain termasuk kain tenun daripada benang. Oleh sebab itu, seni tenunan di Nusantara banyak dipengaruhi dari negara-negara tersebut.Perusahaan tenunan ini banyak dilakukan di negeri Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.


2) Anyaman







        


































  •  Anyaman ini selalu dihasilkan dengan menggunakan rotan, buluh, daun mengkuang dan daun nipah. 
  •  Anyaman ini dilakukan dengan menyelang-nyelikan bahan di atas sehingga menjadi sebuah bakul, tudung saji dan tikar.
  • Adakah anda ingin tahu bagaimana cara untuk menghasilkan tikar mengkuang melalui langkah-langkahnya? Dalam kesempatan ini, saya ingin mengongsikan proses penyediaan mengkuang mengikut turutan kepada anda semua.


Proses penyediaan mengkuang. 





















  • Tembikar juga adalah salah satu contoh seni kraftangan Melayu yang diperbuat daripada tanah liat dan bahan yang lain. Tembikar yang terkenal adalah tembikar Labu Sayong yang dihasilkan di negeri Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.
  • Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.
  • Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjungpadisenduduklawangcengkih dan pucuk rebung.



Cara menghasilkan Tembikar
a) Penyediaan Tanah liat 
b) Membentuk tembikar
c) Kaedah pembakaran tembikar
d) Proses pengeringan dan pembakaran
e) Teknik menghias tembikar
f) Kemasan dan persembahan
g) Pemeliharaan dan penjagaan

4) Tembaga
      Proses membuat tembaga bermula dari proses membuat acuan yang menggabungkan tanah liat dan lilin.Kemudia campuran logam akan dimasak di dalam relau yang kemudiannya akan dituang ke dalam acuan. Apabila tembaga sudah mengeras, acuan akan mengalami proses pengliatan dan cucian.

  • Apakah kegunaan Tembaga ?
  Untuk menghasilkan tepak sirih,pemegang lilin, keris, cenderamata dan hantaran perkahwinan.



5) Keris


  • Dihasilkan untuk dijadikan alat keselamatan kepada orang melayu pada zaman dahulu. Kini kebanyakkan keris dijadikan sebagai alat perhiasan pengantin lelaki.


6) Cucuk Sanggul

























  •  Sebagai barang perhiasan wanita pada zaman dahulu. Ia juga boleh dijadikan sebagai alat keselamatan kepada wanita sekiranya ada musuh dan penjahat yang cuba menyerang.


7) Ukiran kayu 



















      
      Ukiran kayu ini selalu digunakan di rumah tradisional orang Melayu pada zaman dahulu. Selain itu, ukiran kayu ini juga dihasilkan dengan bermotifkan corak alam semula jadi seperti flora dan fauna. Ukiran kayu ini juga boleh dikategorikan sebagai ukiran tebuk tembus iaitu ukiran yang menembusi permukaan kayu. Tebuk tembus ini biasa dibuat pada bahagia atap rumah yang berfungsi sebagai ruang pencahayaan dan pengudaraan.


    Sampai disini sahaja perkongsian saya,harap dapat membantusedikit sebanyak kepada anda yang ingin mengambil pepepriksaan SPM dalam Pendidikan Seni Visual dan kepada semua yang membaca.


:>  Dalam kesempatan ini, saya ingin mengongsikan beberapa babak dalam Teater Muzikal Kumpulan saya iaitu Magika sebagai hiburan kepada pembaca semua. Bye.